SPM 2018 Matematik Tambahan Kertas 1, Soalan 24
Diselesaikan dalam video dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris · 4 markah · video 5:59
Soalan
Sebuah badan sukarela menganjurkan kursus pertolongan cemas 4 kali sebulan, setiap hari Sabtu dari bulan Mac hingga September. [Andaikan terdapat empat hari Sabtu dalam setiap bulan] Sueraya bercadang untuk menyertai kursus itu tetapi dia mungkin perlu mengetepikan satu hari Sabtu sebulan untuk menemani ibunya ke hospital. Kebarangkalian Sueraya akan menghadiri kursus itu pada setiap hari Sabtu ialah 0.8. Sueraya akan diberi sijil kehadiran bulanan jika dia dapat menghadiri kursus itu sekurang-kurangnya 3 kali dalam sebulan. (a) Cari kebarangkalian bahawa Sueraya akan diberi sijil kehadiran bulanan. (b) Sueraya akan layak untuk menduduki ujian pertolongan cemas jika dia memperoleh lebih daripada 5 sijil kehadiran bulanan. Cari kebarangkalian bahawa Sueraya layak untuk mengambil ujian pertolongan cemas itu.
[4 markah]
5:59Langkah 1
Biar X ialah bilangan hari Sabtu Sueraya hadir dalam sebulan. X mengikut taburan binomial dengan n = 4 (hari Sabtu) dan p = 0.8 (hadir), q = 1 − 0.8 = 0.2 (tidak hadir).
9 langkah lagi, setiap satu dengan sebabnya, dalam penyelesaian penuh
Jawapan akhir
(a) 0.8192 (b) 0.6301
Di mana pelajar hilang markah
Awas: dalam (b) guna p = 0.8192, bukan 0.8, dan n = 7. Y > 5 bermaksud jangan masukkan Y = 5.
Tonton setiap langkah soalan ini diselesaikan dalam video (5:59), dengan sebab di sebalik setiap langkah dan kotak yang menyemak jawapan anda.
Tanpa kad. Setiap soalan tahun lepas dalam video, BM dan English.
Soalan ditaip semula oleh Eduly untuk tujuan pembelajaran dan ulasan. Eduly tiada kaitan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia atau Kementerian Pendidikan.